Cincau

Sabtu, 27 April 2013

Cincau Lengkong Atau Rumput Jelly


Cincau lengkong atau  rumput jelly (bahasa Inggeris: grass jelly atau leaf jelly; (bahasa Cina: liáng fen or shao xian cao; bahasa Hokkien:  sian-chháu; bahasa melayu: cincau ) ialah sejenis makanan  agar-agar yang dipergunakan di China dan Asia Tenggara sebagai pembasuh mulut serta juga dalam minuman. Dikatakan bersifat diuretik, cincau dijual dalam bentuk tin atau bungkusan di pusat-pusat membeli-belah di Asia.

Semua gambar yang anda lihat di sebelah adalah pokok yang akan diproses menjadi cincau. Nama pokok ini ialah Mesona Chinensis yang tergolong dalam pokok pudina. Pokok ini banyak ditanam di Asia Tenggara terutamanya di China dan Taiwan. Pokok ini senang tumbuh di kawasan yang berpasir dan kering dan selalunya di tanam di bawah pokok sebagai tanaman sampingan di ladang.•NaOH/Abu Qi, zat ini digunakan untuk membantu menggeluaran zat pati,Telung tapioka secukupnya.

merebus rumput atau daun pudina (khususnya Pokok Cincau, Mesona chinensis) bersama-sama kalium karbonat dan kemudiannya dibiarkan sejuk cecairnya sehingga menjadi beku seperti agar-agar. Cincau ini biasanya dicampurkan dengan sirap susu atau  air soya untuk menghasilkan sejenis minuman yang dianggap mempunyai sifat yin yang dapat menyejukkan badan. Warnanya minuman ini perang tua yang jernih, dengan cincau berbentuk lembar atau kiub di dalamnya. Rasanya sedikit menyerupai iodin. Cincau dijadikan minuman panas yang likat atau minuman berais di Malaysia. Ia juga boleh dicampurkan dengan air kacang soya untuk menghasilkan sejenis minuman yang dikenali sebagai "Michael Jackson" di Asia Tenggara dan Oakland . Di Asia Tenggara, cincau juga dicampurkan di dalam berbagai-bagai pembasuh mulut, seperti ais kacang dan cendol.

Menurut hasil kajian tumbuhan cincau ini mengandungi sejenis Karbohidrat yang dapat menyerap air pada daunnya, ia mengandungi karbohidrat, ia juga mengandungi zat lemak dan sebagainya, khasiat daunnya mengandung Dimetil Kurin-1 Dimetoidida.Ia bermanfaat untuk mengendurkan otot, cincau juga mengandungi zat seperti Isokandrodendrin yang dipercaya bisa mencegah kanser, Alkaloid Bisbenzilsokuinolin dan S,S Tetandrin yang berkhasiat mencegah kanser pada ginjal, anti radang dan menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu cincau lengkong atau rumput jelly juga boleh mengubati demam panas , serawan dan bau mulut.

Bagi siapa yang berminat untuk belajar membuat cincau dari A -Z ,sila hubungi saya melalui email saya >asoib313ik@gmail.com


 

sms>0135283790

Tiada ulasan:

Catat Ulasan